Si Bunga Owner
Leave It To Faith

Followers

Thursday, February 17, 2011

16 / 2 :) SAYA CINTA AWAK LAGI

16 / 2? Ada apa ye denga hari ni ? apa yang jadi ? kenapa? cubalah tekaa kalau pandai haha :) hee takpe takpee aku ni bukan lah jahat biar korang tertunggu tunggu kan . Haa meh sini duduk diam diam dengar akak nak berceloteh ni :)


Alaa tiba tiba rasa nak menangis pulak .Act hari ni BIRTHDAY ex boyfie aku :'( mesti ada yang pelik kan ? n tertanya tanya bila masa pulak afika ni couple kan? bila aku cerita kat kawan kawan aku semua terkejut beruk hoho . Act siapa yang kenal aku sebenar benar nya faham dan tahu lah siapa aku sbenarnya . Bagi mereka yg masih tidak mengenali aku .ni haa cek nak habak ; aku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan seperti awak semua , ingin disayangi dan dicintai , ingin menyayangi dan disayangi :)


Semua nye berlalu terlampau cepat , kini sudah setahun 2 bulan aku keseorangan ;'( eh yekee? hee entah lah aku pun tak tahu act kitaorg takde kata putus . perpisahan tuh berlaku tanpa ada kata putus dari aku mahupun dia , akhirnya hubungan tuh tergantung dan selepas dia bersama orang lain , makna secara rasminya dia tak nak kan aku n hati dia sudah dimiliki orang lain . Jadi apa yang aku perlu lakukan adalah mengundurkan diri :(


Secara jujurnyaa memang aku akui semua itu salah aku .memang salah aku . Aku terlampau ego dan keras kepala . Masa itu hati aku macam batu  , aku tak tahu kenapa dan otak aku menguasai hati dan akhirnya inilah yg terjadi :) Akhirnya aku yang merana dan sidia bahagia bersama yang tercinta :) Awak , jujur saya kata kan , awak memang seorang lelaki yang baik . Awak yang ajar saya apa itu erti percintaan :) Sampai sekarang saya susah untuk lupakan diri awak . Rindukan suara awak, rindukan gelak tawa awak , rindukan sifat sifat awak , rindukan gurauan awak , rindukan setiap malam bila awak call saya , dan segala gala nya tentang awak :) Sumpah saya tak tipu :) Mungkin sebab semua ni lah sampai sekarang saya masih menyendiri , saya tak mampu lupakn semua nya tentang awak. Mana mungkin saya menyintai lelaki lain sedang kan dalam hati saya masih ada awak :)


Maafkan saya kerana masih mengingati awak , maafkan saya kerana masih menyukai awak , maaf kan saya kerana masih merindui awak , maafkan saya kerana hati saya masih ada awak :) Saya doakan awak sentiasa berbahagia bersama sidia . Saya tahu awak tidak penah mengingati saya apatah lagi merindui saya kan? Saya faham , lagipun jika awak masih mengingati sayaa , semua tuh cuma menambah kan luka dihati saya :'(  Niat saya tulis semua ini bukan untuk membuat kan hati awak tak tenang atau merosak kan hubungan awak bersama sidia .TIDAK SAMA SEKALI . DEMI ALLAH awak . Saya cuma mahu meluahkan segala isi hati saya yang telah lama berada dihati sayaa .Biarlah menangis air mata darah sekalipun , biarlah terseksa sesakit mana pun .Saya berharap ini adalah kali terakhir saya memngingati awak .Saya berharap ini adalah kali terakhir saya menyebut nma awak . Saya berharap ini adalah kali terakhir saya merindui awak . Saya berharap selepas ini hidup saya akan bebas tanpa perlu mengingati , merindui , menyebut tentang awak . 


Saya ingin cuba untuk dicintai lelaki lain dan saya ingin cuba untuk mencintai lelaki lain . Saya mahu membuka hati saya seluas luasnya kepada lelaki yang menyayangi saya . Tanpa ada lagi perasaan trhadap awak . Saya cuba awak , cuba sekuat yang mampu untuk menyayangi lelaki lain . Awak doakan lah saya mampu untuk melupakn awak ye? Awak yakin saya boleh kan? TERIMA KASIH awak :) Awak dan sidia memang sweet , sangat comel . Demi ALLAH saya akan selalau mendoakn kebahagian awak . Semoga hubungan awak dan sidia berkekalan yee .AMIN :) Demi ALLAH awak tak penah pun sekali saya rasa marah , kecewa , sedih dengan semua ni . Cuma saya terkilan keranan kanap bukan saya yang berada disisi awak ketika ini? :)


BUAT AWAK yang terbaca atau membaca tulisan saya ini . Saya ucapkan SELAMAT HARI JADI :) may allah bless you . semoga awak sentiasa berbahagia :) Dapat apa yang awak nak dalam hidup ini :) Jangan sesekali putus asa , kuatkan semangat . Semoga awak kekal selamanya bersama sidia :) MAAFKAN SAYA =,=





0 comments: